Monday, November 28, 2011

PKR : IBARAT TELUR SEBIJI HEBOH SEKAMPUNG

Perwakilan yang seronok dibuai retorik impian hendak menawan Putrajaya pada pilihanraya umum ke 13, tiada sesuatu yang menarik muncul pada Kongres Nasional PKR yang berlangsung pertama kali di lubuk Barisan Nasional di Johor.Tema Kongres di Pulai dekat Johor Bharu yang berakhir petang Ahad itu dilihat lebih menjurus kepada usaha membina semangat aktivis parti itu untuk selamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung kes liwat Saiful Bukhari Azlan tidak lama lagi.

"Angin itu jelas terasa pada kongres ini. Wajah-wajah bimbang di kalangan perwakilan mengenai kedudukan parti terhadap kes mahkamah itu sukar diselindung," kata seorang perwakilan.Bisik-bisik yang kedengaran di kongres itu bukanlah sesuatu yang tidak pernah didengar. Tanpa Anwar bukan saja PKR goncang malah struktur pakatan pembangkang bakal goyang.Atas sebab ini tidak ramai yang terkejut apabila mendengar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengaum dengan nada ugutan parti itu akan bangkit pecahkan tembok penjara jika Anwar dipenjarakan kerana kes liwat.

Mesej perang itu disampaikanya pada perasmian kongres sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan menjelang kongres penuh PKR.Bunyinya bagai panglima yang gagah berani. Ada perwakilan yang kedengaran secara sinis berkata apa lagi yang dapat dikatakan oleh 'orang dapur' Anwar itu kalau bukan retorik yang cuba mengumpul semangat mereka.

Adat manusia. Biasanya orang yang dilanda kebimbangan akan gempak lebih. Disebalik senyuman dan tepuk sorak menyambut suntikan semangat daripada Azmin itu ada pemerhati melihatnya sebagai 'suara mengebalah Anwar'.Ini kerana dakwaan skandal yang melibatkan Ketua Umum PKR itu bukan setakat kes liwat di mahkamah tetapi kes video seks yang disahkan 99.9 peratus tulin.Bagi mereka di kalangan ahli parti dan penyokong tegar pembangkang ' boleh dipujuk' dengan dakwaan ia konspirasi UMNO dan sebagala macam tohmahan lain.

Namun di peringkat rakyat jelata yang umumnya sudah jelak melihat khususnya kes mahkamah yang tertangguh dengan macam-macam karenah di pihak Anwar mungkin lain ceritanya.Sumber-sumber parti mengakui skandal video seks yang didedahkan oleh sahabat baiknya sendiri, Datuk Sharzly Eskay cukup meresahkan bukan saja para pimpinan parti itu malah rakan dalam pakatan.

"Semuanya kini terpaksa berlagak macam ia tidak ada hal yang menjejaskan untuk mengelak kebimbangan terpancar. Pokoknya siapa saja yang melihat video itu tahu. Kita boleh tuduh ia konspirasi UMNO dan sebagainya tetapi ia sesuatu yang nyata yang boleh dilihat oleh semua orang," kata perwakilan tadi.Dia mengakui kalau PKR sendiri dapat video mana-mana tokoh UMNO yang meyakinkan begitu ia pasti mereka akan jaja habis-habisan.

Dia juga mengakui dalam perbualan dengan rakan-rakannya ramai yang mempunyai ' pandangan tersendiri' tentang kebenaran video itu." Biasalah semuanya simpan sendiri sajalah pandangan itu harap-harap orang tak percaya," katanya.Strateginya kini ialah selagi boleh cakap...nafi sajalah.Juga mood yang dikesan dari kongres itu ialah jika pakatan pembangkang dapat menumbangkan BN dalam pilihanraya umum ke 13 segala masalah dakwaan skandal Anwar itu dapat ' dicuci'.

Makanya, jika Azmin pukul gendang parti itu nak bangkit bebaskan Anwar jika dipenjara kerana kes liwat... Anwar pula berusaha bersungguh-sungguh untuk meyakinkan perwakilan bahawa Putrajaya bakal jatuh ke tangan mereka pada PRU 13 nanti.Ucapannya di penutup kongres itu menggambarkan seolah-olah petik jari saja BN pasti tersungkur kali ini.Baginya pakatan pembangkang lebih bersedia kali ini untuk membuka pintu pagar Putrajaya berbanding PRU12 lalu.

Gembar gemburnya memamg hebat. Antaranya pakatan pembangkang sudah mentadbir dengan baik tiga negeri yang dimenangi dalam PRU 12.Sedangkan hakikat di depan mata Kelantan masih ke belakang setelah lebih 20 tahun di bawah PAS manakala tiada sesuatu yang secara mata kasarspecial dilihat di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah setelah lebih tiga tahun pakatan pembangkang ambil alih.

Sebab itu Anwar tidak berani menyentuh segala janji dalam manifesto pakatan pembangkang menjelang PRU 12 dulu.Sebab itu juga ramai yang tersenyum sinis melihat Buku Jingga yang janji bulan dan bintang dapat dibuat oleh pakatan pembangkang dalam tempoh 100 hari jika ia berkuasa di Putrajaya.

Tidak kurang menarik Anwar cuba membelasah beberapa bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu yang ' beralih arah'.Sebaliknya baik Datuk Zulkifkli Nordin, Datuk Seri Zahrin Hashim, Tan Tee Beng, Mohsin Fadzil Shamsuri mahupun N Gobalakrishnan adalah tiang seri yang cukup setiap pada parti itu dulu.Datuk Zaid Ibrahim juga satu contoh klasik.

Kenapa mereka hilang keyakinan pada perjuangan PKR...itu Anwar tidak berani cakap.Sebelum itu pun PKR kehilangan ramai pemimpin besar termasuk bekas Timbalan Presiden Dr Chandra Muzafar dan bekas Setiausaha Agung Datuk Salehudin Hashim.Semua ini adalah bekas rakan karib yang merupakan pejuang awal bersamanya.

PKR kini bergantung harap pada orang-orang baru yang dikatakan tidak tahu banyak mengenai Anwar dan melihatnya sebagai batu loncatan untuk mencapai cita politik masing-masing.Anwar tahu, mereka pun tahu dan satu dunia tahu PRU 13 adalah satu-satunya talian hayatnya untuk 'bebaskan' dirinya.

Sumber : Agendadaily

0 comments:

Post a Comment