Monday, August 1, 2011

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR......


Penulis blog Amizudin Ahmat yang diarahkan membayar ganti RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel memfailkan rayuannya hari ini.

Rayuan itu difailkan melalui peguam belanya, Ong Chin Wen (kanan, berkaca mata) yang berkata “mereka memounyai asas untuk merayu” terhadap penghakiman berkenaan. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butirannya kerana perkara itu “masih dalam perbincangan.” Pada 1 Jan lalu, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PKR. Tindakan itu berhubung artikel yang disiarkan dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu yang menuduh menteri itu merogol pembantu rumah Indonesianya. Dalam samannya, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Sekadar ingatan dari Penulis " Sendiri buat sendiri tanggunglah,menulis sesuatu ada batasan dan had,kalau ikut sedap mulut akibat buruk padahnya.

0 comments:

Post a Comment