Sunday, January 31, 2010


Armarhum bekas Presiden PAS dan juga Presiden PAS yang ada sekarang ,dalam banyak kali ceramah umum mereka menyatakan bahawa penentangan PAS terhadap kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO adalah kerana kerajaan Malaysia bukan sebuah Negara islam dalam sistem perundangan.

Pengikut PAS dan pendengar pidato yang sangat lunak itu menerima dengan penuh rasional .”Kenapalah susah sangat Kerajaan BN dibawah yang tunjang belakangnya UMNO untuk mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam”,soal mereka.

Tun Mahathir ketika itu secara terang dan jelas mengumumkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara islam.Pernyataan yang begitu jelas ,berani dan terbuka diumumkan sewaktu merasmikan Perhimpunan Parti Gerakan.Pengumuman dibuat dihadapan rata-rata bukan islam,dihadapan masyarakat keturunan cina,namun Pas tetap juga menolaknya.Setiusaha agung Pas ketika itu Nasharudin Mat Isa menyatakan bahawa “ Malaysia yang diistiharkan sebagai sebuah Negara islam oleh Perdana Menteri baru-baru in tidak mencapai standard yang dikehendaki Pas”

Ertinya menentukan sesebuah Negara itu menepati ciri-ciri sebuah Negara islam haru merujuk kepada Pas,seolah-olah Pas mempunyai piawaian tersendiri bagi menentukan islam atau tidaknya sesebuah Negara.

Dewan Pemuda Pas Kelantan yang menerbitkan buku “ Hukum Hudud dalam perundangan Islam oleh Dato Harun Din hanya bertujuan untuk mengumpul dana pilihanraya semata-mata,soal sama ada perlaksanaan Negara Islam oleh PAS menjadi soal kedua.Slogan “Membangun bersama Islam nampaknya semakin pudar”,slogan Pas For All menjadikan pejuangan PAS semakin kabur,Pemimpin Pas semakin kaget apabila pemimpin DAP membacakan ayat-ayat suci Al Quran didalam ceramah-ceramah mereka,dakwa mereka UMNO tidak pernah mengajar MCA,MIC dan Gerakan membaca Al Quran.Soalnya penulis ingin bertanya “Berapa ramaikan ahli-ahli DAP yang PAS telah Islamkan”,semenjak terjalinnya kerjasama dalam Pakatan Pembangkang.

0 comments:

Post a Comment