Monday, September 28, 2009

KRITIK SELCAT : SPEAKER SELANGOR ..SILA GANTUNG DR HASSAN ALI

Dewan Pemuda PAS pusat memberi amaran kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Selangor "boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah" berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat). Manakala PAS Pusat pula dikatakan sedang menimbangkan tindakan yang lebih keras terhadap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Y.B. Dr. Hassan Ali, di atas kelantangannya secara terbuka mempersoalkan tindak tanduk Selcat termasuk kebertanggungjawaban dan ketelusan badan itu apabila ianya hanya dikuasai oleh pemimpin politik Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat yang selama ini mencanangkan badan bebas lebih jelas TIDAK melakukan apa yang mereka katakan, war-warkan dan perjuangkan. Campurtangan Selcat dalam urusan pentadbiran awam, dianggap keterlaluan oleh penjawat awam jelas memadamkan gagasan kebebasan yang PR Perjuangkan. Dengan ini mulalah sektor awam mempersoal kewibawaan PR untuk membentuk dan mengurus tadbir negara. Jelaslah bahawa apabila system dan peraturan umum yang selama ini menjadi peraturan dan norma pentadbiran dan terbukti berjaya diketepikan maka kekecamukan yang menimbulkan kebencian rakyat pasti akan timbul.

* Penulis ingin mengingatkan semula pengantungan Dr Khir Toyo bersama 4 ADUN BN digantung dibawah Seksyen 70,peraturan tetap DUN Selangor dari menghadiri sidang DUN selama setahun dan 6 bulan kerana memperlekehkan SELCAT dimedia massa dan blog2.Elaun Bulanan serta kemudahan sebagai wakil Rakyat ditarik.Oleh yang demikian tiada sebab kenapa Dr Hassan Ali tidak boleh dihadapkan ke SELCAT dan digantung dari menghadiri Sidang Dewan akibat kritikannya terhadap cara siasatan SELCAT terhadap penjawat awam di Selangor.Dr Hassan Ali juga memperlekehkan cara siasatan SELCAT dan berhak dihukum.Ini baru dikatakan demokrasi ala PR.

Thursday, August 13, 2009

TAHNIAH HASSAN ALI : KILANG CARLBERG BILA NAK TUTUP



Ustaz Hassan memegang anugerah KATEGORI FILEM TAKE BEER TERBAIK.

Tuesday, July 28, 2009

DULU PAS TUDUH DR MAHATHIR PERINTAH SAMPAI MATI,NIK AZIZ PERGI JAHANAM SEKARANG BAGAIMANA.

“Salam ini bukan antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dengan Pusat, tak timbul masalah UMNO, pergi jahanamlah UMNO.” Ini petikan kenyataan Nik Aziz yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini.Saya fikir mungkin Utusan Malaysia sengaja “memutarbelitkan” dan tidak mungkin seorang yang digelar Tok Guru oleh Pas mengeluarkan kenyataan, “pergi jahanamlah UMNO”. Dalam blog pro Pas, tidak pula disebut kenyataan Nik Aziz ini, yang ditulis oleh tukang-tukang sorak dalam blog pro Pas adalah benda-benda lain.

Seingat saya “seburuk-buruk” orang UMNO, mereka belum pernah menggunakan, “Pergi jahanamlah Pas.” Kalau ada tentu surat khabar Pas dan blog pro Pas sudah melaporkan. Barangkali orang –orang UMNO termasuk pemimpin UMNO tidak cukup ilmu agama yang membolehkan mereka mengeluarkan kenyataan begitu.Daripada berita Utusan Malaysia hari ini, apa yang dapat saya pelajari adalah bukan semua orang boleh berkata, “pergi jahanam” yang sama ertinya dengan “pergi mampus”. Orang yang berkata demikian mesti mempunyai ilmu agama yang tinggi kerana itulah lesen untuk menghina atau mempersendakan orang lain.Sebab itu kadang-kadang kita macam tidak percaya apabila disindir atau dipersenda oleh kalangan yang “arif agama” dan berilmu tinggi dalam agama.

Sebenarnya orang yang tak berilmu tinggi kena menerima bahawa itulah lesen mereka untuk berkata atau menulis apa saja.Mulai hari ini kita semua yang kurang arif bab agama, tak belajar tinggi ilmu agama jangan berasa kecil hati apabila dihina kerana mereka yang berilmu agama tinggi boleh menghina. Jangan sama sekali mempertikaikan kerana apa yang mereka tulis atau katakan itu lahir dari ketinggian ilmu mereka.Saya fikir Nik Aziz sebagai pemimpin utama Kelantan telah memberikan satu teladan yang baik kepada orang yang dipimpinnya dan rakyat jelata Kelantan. Kalau ada orang Kelantan bersikap seperti Nik Aziz itu adalah keberkesanan “kepimpinan melalui teladan”.


* Pas DULU LAIN SEKARANG LAIN.

Monday, July 27, 2009

PERGI JAHANAM DENGAN NIK AH AZIZ





* Hanya itu yang sesuai untuk Nik AH AZIZ NIK AH MAT.

Tuesday, July 14, 2009

MANIK URAI PETUNJUK KEPADA PAS


PAS menang di Manek Urai pada 14 Julai 2009. Dengan berkampungnya Muryidul Am dan kehadiran Anwar Ibrahim yang bergegas pulang dari Perth, Australia pada malam 12 Julai 2009, PAS hanya mampu dapat 65 undi. Kejatuhan mendadak berbanding majoriti 1,352 undi yang diperolehi PAS pada Mac 2008. Ke mana perginya undi-undi PAS sebelum ini? Pertama, mungkinkah orang PAS sendiri tidak bersetuju dengan pemilihan Nik Aziz yang mengenepikan calon lulusan Universiti Al-Azhar di Manek Urai. Apakah Nik Aziz tidak iktiraf bekas mudir yang berkelulusan Al-Azhar untuk menjadi calon di Manek Urai?

Kedua, sikap Nik Aziz yang cakap lepas dan menuduh yang bukan-bukan hanya menurunkan lagi undi PAS. Pengundi PAS sudah sedar bahawa "PAS Untuk Semua" tetapi "syurga bukan untuk PAS sahaja". Tidak undi PAS, tidak bermakna masuk ke neraka. Ketiga, pengundi sudah sedar, 19 tahun pemerintahan PAS, orang bawahan PAS hanya digula-gulakan dengan ceramah, ceramah dan ceramah. Bila buat Ladang Rakyat, untungnya hanyalah menantu dan orang-orang terdekat dengan Nik Aziz sahaja. Berbekal 65 undi, "Fauzi Ikan" hanya nyawa-nyawa ikan sahaja di Manek Urai. Fauzi perlu menunaikan tanggungjawab dengan baik, jangan tiru sikap Guan Eng yang menyalahkan orang di Kampung Buah Pala. Jika tidak kerana "pengundi 71" dan "pengundi import", pasti PAS sudah tertiarap di Manek Urai. Manek Urai atau lebih dikenal dengan "MU" akan berlarutan di stadium Sabtu ini. Malaysia bertemu dengan MU. Siapa pula yang menang di padang nanti?

Sunday, July 5, 2009

LUDAH kE LANGIT AKHIR TERKENA MUKA SENDIRI.


Istilah Pakatan Rakyat hanyalah lipstik semata-mata, perkataan rakyat hanya untuk mengumpan rakyat memilih mereka bukan bererti ianya jaminan untuk rakyat di jamin kebajikannya oleh Pakatan Rakyat. Setakat 23 keluarga tidak mengundi DAP tidak apa bagi Ketua Menteri... masyarakat minoriti akan terus tertekan kerana dasar dap yang hanya menjaga kepentingan majoriti sahaja.

Lim berkata selain menjaga kepentingan 23 keluarga itu, kerajaan negeri juga perlu melihat keperluan 1.5 juta penduduk negeri ini..Kg Buah Pala adalah menefestasi kegagalan Kerajaan Pulau Pinang. DAP Pulau Pinang hari ini mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi dan menyerahkan takdir kepada Kerajaan Pusat,hebatnya sikap pemimpin yang mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz...

Walaupun Guan Eng bersimpati...ianya hanya gula manis dibibir DAP semata-mata. Jika ianya berlaku kepada UMNO mereka mesti telah menuduh UMNO merampas tanah rakyat.. tapi bagaimana pula jika DAP dan Pakatan yang memerintah.Semuanya salah orang LAIN..


Thursday, July 2, 2009

KERAJAAN BAYANGAN ANWAR VS KERAJAAN PERPADUAN


Hanya sekitar 5,000 orang hadir pada Himpunan 100,000 rakyat anjuran pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya Selasa malam lepas. Himpunan itu diadakan dengan tujuan untuk tunjuk pembangkang tidak berpecah kerana isu kerajaan perpaduan dan memberi penjelasan kepada para penyokongnya mengenai isu berkenaan.

Lebih malang lagi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat asalnya jika ikut pengumuman dan hebahan awal akan berucap di himpunan itu tidak hadir .Apa dah jadi dengan himpunan 100,000 rakyat?.Kemanakah sokongan ahli-ahli akar umbi terutamanya Pas,Kenapa mereka gagal hadir untuk menyatakan sokongan jelas kepada Pakatan Rakyat berhubung penolakan Kerajaan Perpaduan oleh Pas.

Bagaimana pula kalau dikatakan golongan ahli-ahli akar umbi lebih cenderung kepada Kerajaan Perpaduan bersama BN,mesej ini disampaikan dengan jelas,himpunan hanya berkisar seramai 5000 orang sahaja yang memenuhi Stadium MPPJ,jelas bahawa penolakan Pas terhadap rundingan Kerajaan Perpaduan datangnya dari idea Anwar Ibrahim,lantas memetik laporan sumber terkini Anwar Ibrahim bakal menubuhkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat untuk menutup malu,Apa Dah jadi...semuanya tak jadi2,pening kepala Anwar Ibrahim apabila kes seumpama ini berlaku ,sungguh berada diluar jangkaaan Anwar Ibrahim.Penubuhan barisan kabinet bayangan untuk cuba menyakinkan ahli-ahli Pas yang Pakatan Rakyat bakal menubuhkan Kerajaan selepas PRu 13.Percayakah ahli-ahli Pas..Soal Kerajaan Perpaduan hanya untuk bangsa melayu yang sayangkan Islam di Malaysia.Kenapa Anwar Ibrahim menyibukkan diri dengan Kerajaan Perpaduan sedangkan hanya Pas sahaja yang terlibat bukan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.UMNO tak sudi pun berunding dengan Anwar...

Keberanian Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Hassan Tantawi hari Rabu datang ke Parlimen untuk menyerahkan surat menjemput Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana amat dipuji
akan tetapi Ketua Pemuda DAP buat kenyataan sebelah petangnya. Anthony Loke berkata, beliau kecewa tindakan Pemuda PAS itu kerana pakatan pembangkang secara jelas sudah tolak sebarang perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan UMNO."Saya terkejut dengan wacana ini. Hal ini tidak pernah ditimbulkan.Persoalannya salahkan perbincangan UMNO dan Pas,Apakah hak DAP dalam urusan perkara ini ?

HIDUP MELAYU......

Sunday, May 31, 2009

PENGALAMAN PALING INDAH DALAM KEHIDUPAN






*Penulis mohon maaf telah lama tidak mengemaskini blog ini,sepanjang bermula pertengahan Mei hingga 28hb Mei penulis berada di tempat yang paling diberkati didunia dan menjadi impian setiap umat islam,sekadar catatan dan kenangan Penulis memaparkan gambar-gambar terbaru sepanjang berada di Madinah dan Mekah.

Thursday, May 7, 2009

DIDEPAN DAN BELAKANG PAS


DI DEPAN PAS .


1. KETUA Menteri Pulau Pinang, antara ucapan sulungnya di hadapan penyokong PAS dia berkata, contohilah kepimpinan dan pemerintahan Saidini Umar Abdul Azizzzzz...Maka terpegunlah mereka yang mendengarnya, betapa hebatnya Ketua Menteri ini bercakap pasal Islam...

DI BELAKANG PAS .

2. Bertempat di Wisma Winbond, KL pada 25 April 2009, dalam ' Workshop Wanita DAP ' , Ketua Menteri yang sama ini bercakap sambil ketawa menghina-hina, katanya,

" We stand for eqal treatment. There should no doublestandard. We can't undestand why a man can have 4 wives. Why should there be this type of double standard? i am not encouraging men to have 4 wives or woman to have 4 husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?

3. Apa yang dibuat oleh Ketua Menteri ini sama modus operandi Lee Kuan Yew dahulu di Singapura.Ketika itu,UMNO mempunyai 3 kerusi Parlimen di Singapura.

Untuk menghapuskan politik orang Melayu di Singapura, Lee Kuan Yew mengambil hati orang Melayu Singapura. Meletakkan Calon PAP Melayu vs Melayu UMNO.Akhirnya UMNO tewas. Melayu PAP menang, malangnya pada pusingan kedua pilihanraya Melayu PAP telah "dikalahkan", dan sehingga hari ini sudah tidak ada lagi Melayu PAP.Tidak ada lagi Menteri Melayu.Melayu sudah hampir mati di Singapura.

Petikan : Jentayubaka.

APA DAH JADI...


Penulis tidak berminat untuk mengulas atau menulis tentang kejadian di Perak semalam disebabkan terlalu banyak blog yang memaparkan kisah Sidang Dun Perak dan hal-hal yang berlaku dalam kejadian semalam,cukup lah bagi Penulis menilai sejauh mana kematangan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat.

Penulis ,

menyeru semua masyarakat Malaysia yang prihatin kepada keamanan ,lihat la perangai ahli-ahliPolitikPakatanRakyat,memalukan,menjelikkan dan Penulis berharap anak cucu penulis pada masa yang mendatang tidak berperangai seperti mereka.Gambar diatas tiada kaitan langsung tentang kejadian di Perak...tapi Fikir2kan.la.......